.::: MOMOY blogirl :::.

02 April 2024

Cantik Giler! 2024's Raya Vibes with NH by Nurita Harith's Collection - Pilihan Momoy!

 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hai, warga maya sekalian! Apa khabar? Pose tak tu! Walaupun Momoy tahu blog dah tak famous macam dulu-dulu, tapi tetaplah Momoy nak tulis juga. Mih mih..


Jadi begini, tahun ni Momoy plan tak nak beli baju raya. Sebabnya, Momoy baru jer beli rumah bulan lepas dan alasan lain adalah, Momoy dah ada 2 pasang lagi baju baru glam yang tak pakai lagi. Beli masa raya haji lepas. Warna nude dan royal blue.

 

Tapi bila duk melepak dan kawan-kawan start buka cerita pasal baju raya, Momoy pula tak tenang duduk. Ni malas nih. Haha.. Punca betul la diaorg nih tau. Terus capai phone buka apps Zalora. Straight terus seach koleksi baju raya dari “Nurita Harith”.

 

Apa lagi, kalau dah buka Nurita Harith umpama kau masuk perangkap lah. Haha.. NH ni memang tak pernah disappointed  tau. Favourite designer momoy dari zaman sekolah lagi. Momoy ingat lagi, setiap minggu tercongok depan TV sebab nak tengok idea NH ni, reality show Benang Emas (kalau tak silap) yang akhirnya dia menang! Fuh, memori lama dah tu.

 

Walaupun kaler viral tahun ni adalah brick orange, sage green, lilac lavender dan maroon, tapi dalam hati Momoy tetap mencari kaler pastel. Lebih specific lagi Momoy cari kaler champagne, blush pink atau dusty pink. Sebab kaler ni naik dengan skin tone Momoy dan buat lebih jelita gitu *sambil flip rambut*.

 

Then, tak lupa 3 kriteria wajib Momoy nak pilih baju raya; pastel, lace dan chiffon. Barulah nampak elegant, ayu dan stunning. Dari segi design pula, Momoy tak berminat bahu jenis yang kembung-kembung. Lengan tangan pula nak yang klasik biasa saja sebab boleh pakai lama. Tangan berdesign ni fesyen jer, memang lawa tapi tak akan bertahan lama. Nanti tahun seterusnya nak pakai akan rasa malu. Dah ketingalan zaman. So, bab design di tangan, lebih selamat cutting biasa jurr.

 

Tahun ni, macam biasa banyak koleksi raya dari Nurita Harith lawa teruk. Tak pernah tak cantik. Dasyat juga idea dan kreativiti NH ni kan. Tak kering idea. Salute lah! Okay, hampir semua koleksi NH kena dengan taste Momoy. Pening nak pilih weh. Serius, baju raya Nurita Harith ni betul-betul memikat hati! Dalam banyak-banyak design tu, yang ni paling menangkap mata Momoy. Jom tengok pilihan Momoy..

 






Love sangat kan!

Dah short listed, love sangat semua. Rasa nak checkout semua! Tapi sekali lagi pening nak pilih yang mana. Setelah buat Keputusan yang sukar, finally Momoy klik ‘proceed to buy’ untuk design Addie (gambar yang last sekali tu). Okay, puas! Dalam-dalam tak nak beli baju raya tu (sebab baru je beli ketui batu last month kan), tapi haa kau hambik terbeli juga. Hmm.. tak apa lah sekali-sekala layan. Ayat penyedap hati!




Baju dah sampai semalam, dan alhamdulillah momoy dah try cantik terletak kat badan. In real, lagi cantik. Worth the price, memang tak menyesal langsung! So, padanan baju raya ni dengan Lady Dior beige dan gold spike heels dari Christian Louboutin. Kemain eyhh.. sweet tapi glam sangat! Begitulah kisahnya..


Moral of the story, perempuan tetap perempuan yer. Kalau dia cakap tak nak beli baju raya, jangan lah percaya. Jadi, jangan lupa, bila perempuan cakap tak nak, maksudnya dia nak!

 

Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin!



26 February 2024

Pengalaman beli rumah secondhand ala Momoy! 🏠

 

سَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hai semua! Korang pernah tak terfikir nak beli rumah subsale? Tapi nak cari info pasal ni macam nak cari jarum dalam jerami, kan? Susah betul! Tapi takpe, Momoy sini nak share pengalaman Momoy, siapa tahu boleh jadi rujukan korang.

 

Momoy start dengan kira budget dan komitmen bulanan dulu, pastu congak berapa harga rumah yang Momoy mampu. Sebab takkan nak beli rumah macam beli sayur kat pasar, kan? 😄Ya, memang tak boleh nak ambil mudah bila bab beli rumah ni. Tak kanlah nak pilih rumah macam pilih sayur, campur-campur tak tentu pasal! 😅🍅🥦

 

So, Momoy pun start lah cari rumah kat Mudah dan Marketplace Facebook. Seronok jugak scroll-scroll, mana tahu ada rezeki, kan? 😄 Ini tempat paling senang lah nak cari. Orang kata lubuk. Tapi, korang pun boleh cari kat website macam Property Guru. Situ ada banyak list, tinggal pilih yang mana berkenan di hati✨ Yang penting, jangan scroll sampai lupa nak tidur, nanti mata sembab macam pak cik jual sayur kat pasar!

 

Lepas dah short listed beberapa rumah. Momoy start print segala dokumen penting - slip gaji, CCRIS, EPF dan semua tu lah dan pergi dikau ke bank-bank untuk check kelayakan dan DSR. Step ni hanyalah optional saja, tapi momoy lebih suka check sendiri dulu, lagi pula lebih mudah Momoy tahu sendiri kelayakan dan interest bank tu berapa.

 

Kalau dah ada rumah yang berkenan, amik jugalah sedikit info, gambar, geran (kalau ada) yang korang survey kat internet tu. Sebab masa ni biasanya banker akan tanya berapa harga rumah, keluasan dan area yang nak beli tu, jadi ada la sikit info nak diberi pada banker. Mudahlah sikit kerja banker tu nak congak kasar.

 

Ada kesempatan, Momoy sempat lah juga curi masa berjalan-jalan visit rumah, tapi tak ada yang berkenan di hati. Yang berkenan pulak tuan rumah tak available nak tunjuk. Bahasa sopannya adalah, "aku dah ada buyer cuma tunggu dia lulus loan saja" gitu. 😅 Walaupun agak kecewa, tapi takpe lah, at least kita tahu situasi. Mungkin rezeki Momoy ada di rumah lain yang lagi best!

 

Akhirnya ada sorang agen rumah ni wasap Momoy rumah lain dan Momoy setuju nak visit. Visit pukul 9 malam ye, lepas Momoy balik keje. Haha..kesian penyewa dan agen melayan. 😅 Nasib baiklah penyewa dan agen rumah sporting, layan jer memalam! Pheww.. Terima kasih banyaklah yer. 

 

Alhamdulillah, rumah cantik macam baru. Penyewa pun sangat pembersih. Jadi Momoy setuju untuk beli rumah tersebut. Bayaran booking sebanyak 3.24% dari harga rumah. Booking ni menandakan kita dah setuju nak beli. Dan korang jangan risau, duit booking ni akan dikembalikan semula kecuali kalau korang sendiri yang tarik diri nak beli, time tu duit booking burn. Jadi fikir masak-masak dahulu ya 🔒💰

 

Pastu, kena la tanya agen pasal harga dan kos-kos lain. Jangan lupa bayar booking fee untuk lock, tapi hati-hati, jangan terkena scam! 🚫 Momoy sarankan transfer duit pada agensi agen tersebut supaya ada transaction record. JANGAN bayar cash atau bayar pada akaun agen! Yang ni memang saja cari pasal.

 

Sebab Momoy dah check DSR dan interest dengan bank, agen pun senang nak uruskan ikut pilihan loan Momoy. Rate sekarang BSN dan Maybank paling rendah, jimat duit, best kan? 💼💰

 

Step seterusnya, compile segala dokumen yang diperlukan untuk apply loan, pastikan susun dan label cantik-cantik. Banker senang, korang pun senang. Senang lah ceritanya📄✅

 

Ini senarai dokumen yang Momoy prepare:

  • Salinan kad pengenalan (depan dan belakang)
  • Slip gaji terbaru untuk 6 bulan
  • Statement bank terbaru 6 bulan
  • Statement KWSP
  • Latest CCRIS rekod 
  • Statement Unit Trust - ni optional
  • Statement Tabung Haji atau ASB - ni optional
  • Surat pengesahan majikan


Alhamdulillah, dalam seminggu loan Momoy lulus dengan Maybank dengan interest 4% saja. Wow, time ni Momoy amaze giler dengan cik Lina tu! Lajus berdesup approved dengan low rate interest. Syukur sangat. Kudos to you, cik Lina! 👏

 

Cik Lina dah wasap boleh sign loan bank tapi Momoy busy. Tight sangat schedule Momoy sebab masih shutdown lagi, tapi dah penghujung dah. Tiga hari lepas tu baru Momoy sedia nak pergi bank. Pagi Momoy pergi bank, petangnya pula pergi office lawyer. Jumpa cik Aimi pula, lawyer yang comel dan kecil molek je orangnya.



Ini soalan yang wajib ditanya pada banker sebelum sign loan nak beli rumah. Momoy print dan bawa masa jumpa cik Lina. Senyum jer cik Lina masa Momoy hulur kertas ni yer. Tak tahu pula ada assignment, ye tak?. Hahaha... apa pun terima kasih beliau menjawab dengan senyuman kelat


Lepas settle sign SNP, Momoy bayar duit lawyer dan deposit 30%. Apesal 30% ? Sebab lebih dari 2 properties deposit adalah 30% - 50% (bergantung pada bank). Tapi, Momoy bayar 3 hari berturut-turut sebab limit M2U Momoy tak boleh nak adjust. Mujurlah cik Aimi tu okay jer😅 Sometimes technology can be a little finicky, but luckily Cik Aimi was understanding about it! Achewahh.. haha..

 

Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan. Syukur sangat! Cuma tunggu lawyer settle stamping dan hal-hal dokumen dan report kat LDHN (huhu..) Okay, itu saja Momoy nak cerita. Jumpa lagi dalam part 2 bila Momoy dah dapat rumah! Harapnya Momoy rajin menulislah ye. Adios!

 

Eh tapi sebelum tu kan, kalau korang nak cari rumah atau tanah, boleh roger-roger En. Ahmad Zamiri bin Kamaruddin ni. Servis dia memang tip-top! 👍 In sya Allah sangat membantu dan senang berurusan. Ni contact dia ye.


Save no agen hebat ni laju-laju. Korang tak akan menyesal.
Benda baik Momoy share ~



13 April 2022

Pengalaman pertama buat microblading

 

Assalamualaikum.. 

Malas nak menulis sebenarnya. Tapi ada request thru wasap minta story pasal microblading, makanya Momoy paksa la tangan ni menaip.


Apa yang terlintas bila sebut microblading? Bagi Momoy bentuk kening yang cantik semulajadi. Tak payah nak lukis-lukis bagai. Bangun tidur pun maintain lawa. Haiss.. kononnya pergi kerja effortless make up lah tapi cantik. 


Dipendekkan cerita selepas buat sedikit research la konon-kononnya. Mestilah Momoy pilih yang korean look kan. Beautician yang buat nih Momoy namakan dia Miss Jade. Sesampai sana, Miss Jadi tu dah welcoming dan dia mulakan sesi pertama dengan bagi consultant dulu. Miss Jade tu terang la details pasal microblading tu. Apa itu microblading, kenapa dipanggil microblading, cara-cara microblading, prosedur dan proses microblading ni bagaimana, kesan selepas microblading apa nak buat dan macam-macam lagi la info tentang microblading. bla bla bla.. 


Bila masuk part dia tunjuk blade jer, Momoy macam aik kenapa pula si Jade ni tunjuk bilah pisau cukur (razor blade) tu. Miss Jadi nih cakap inilah salah satu alat iaitu bilah pisau yang super-super halus Ya Allah.. masa nih baru otak Momoy berhubung.. blade tu bilah macam pisau cukur (razor) tu. Patutlah teknik nih dinamakan MicroBLADE. B.L.A.D.E ye BLADEEEEE..


Ahh sudah. hahaha.. Perasaan tu sama macam Momoy beli produk detox vege tu - rasa rumput. Hahh.. itulah perasaannya. Nanti korang bacalah ye [Detox dengan NH Vege F'bre Plus].


Lepas consultant tu Miss Jade tanya, nak buat ke tidak? Dah Momoy ni drive dekat sejam untuk ke sana, memang tujuan yang satu. Jadi haruslah mulutku berkata "Yes, I do".. tapi otak kau duk terbayang-bayang blade tu lagi. Haha.. Kemudian, selesai pilih look yang diidamkan (Korean of course). Warna pilihan mestilah bukan hitam. Ala-ala greyish gitu sebab Miss Jade tu suggest sebab kulit Momoy cerah jadi dark brown greyish tu nampak lebih natural. Arch pun Momoy pilih yang lurus. Tak suka arch yang tinggi-tinggi. Barulah Lisa Blackpink kan. Haa gitu.




Gambar ihsan pakcik Google. Tapi lebih kurang beginilah yer bentuk dan color yang Momoy pilih. Hasil Momoy dapat pun personally memang Momoy puas hati sangat. Lagi pula ngam dengan contact lens Momoy pakai kaler dark coklat. Cumanya..



Momoy diminta untuk baring, kemudian Miss Jade tu bersihkan kulit wajah Momoy sekitar kening. Kemudian dia letak numb cream dan tinggalkan Momoy untuk seketika supaya Momoy rilex la kan. Baiklah, bagi yang tak tahu numb cream tu fungsi dia semacam krim kebas la. Untuk kurangkan sedikit rasa sakit. Jadi kita tak akan rasa apa-apa sebab dah dikebaskan. Gitu lah. 


Apabila tiba masa proses microbleeding dijalankan, sepanjang masa dari awal tu Momoy memang tutup mata je ye. Kih kih.. Tak tahu apa yang dibuat cuma dengar sikit bunyi mesin tu dan rasa di lap-lap kat area kening. Begitulah yang diulang-ulang sehinggalah.. 😣 kejap Momoy mandi. Nanti sambung.


Baiklah. sambung semula...


Jadi Momoy dengar bunyi mesin tu (halus je pun bunyi tu) tapi sebab suasana sunyi hanya alunan muzik tenang jadi telinga memang tangkaplah bunyi tu kan. Bunyi mesin dan rasa ditoreh-toreh di kening. Kemudian rasa di lap-lap. Itulah yang berulang-ulang sehinggalah akhirnya numb cream itu pun turut sama semakin hilang kesan dari di lap-lap itu.


Elok jer numb cream tu semakin menghilang, masa itulah kesengsaraan Momoy bermula. Haha.. setiap kali torehan (di kening), setiap kali itulah Momoy menahan rasa sakit. Tapi yang masalahnya, rasa sakit itu tak boleh ditunjukkan. Hahaha.. Bayangkan sakitnya tu sampai kaki Momoy terenjat tapi tak boleh nak tendang-tendang kaki tu, kena maintain macam patung cendana kecuali bernafas jer. Betul tu. Hanya bernafas jer. Hahaha.. sampai ke saat ini Momoy masih terbayang-bayang tau. kih kih kih..


Jadi, tahanlah perasaan itu untuk masa sejam setengah macam tu. Bila start dengar jer mesin tu, Momoy akan tarik nafas dalam-dalam dan tahan. Tahan nafas.. tahan kesakitan.. dan tahan maintain aksi patung cendana. Huhu.. Kang tergerak sikit je kang, lain pula jadinya.. 😅


Begitulah sehingga siap. Alhamdulillah lega. Tapi kan. Tak akan la sebelah je kening buat dan sebelah lagi tak buat kan? Jadi kena la lalui proses sembelihan kulit (kening ekceli) yang satu lagi pula. Hahaha... Makanya, lagi sekali proses dan aksi di atas itu diulang. Jebon sungguh 🤣😂


Akhirnya.. cukup 3 jam siap proses tersebut. Ahh lega tak tahu nak cakap bagaimana. Buka-buka mata tu tengok kat tepi ada tong sampah di sisi katil. Ya ampunn.. banyaknya cotton pad (kapas) berdarah dalam tu. Terus otak duk terbayang-bayang.. di toreh-toreh dan di lap-lap itu darah la yer. Haruslah numb cream itu pun ikut sama 'hilang'. Hahaha.. 


Lepas siap proses 'sembelihan sakit nak mati tapi kena tahan tanpa gerak-gerak' tersebut Momoy kembali semula kat tempat consultant tu semula. Jade kemudian beri beberapa bahan dan alat untuk penjagaan selepas rawatan microblading. Sambil tu dia tunjuk juga beberapa gambar rupa kening kesan selepas buat microblading. Yahh.. dalam masa dua minggu tu kening akan huduh sebab sel-sel kulit baru nak ganti kulit yg toreh-toreh tu. Kulit akan flaking dan kita kena buang slow-slow kulit mati tu dengan sabar. Alamak.. nak kena hadap muka huduh selama dua minggu nih. Dah la masa tu projek Momoy banyak deal dengan jejaka-jejaka kacak yang kitaorang panggil 'melting'. Tskk.. malang sungguh la. 


Jadi, selepas 3-4 minggu selepas tu baru kita akan dapat kening kesan super cantik semulajadi. Kata Miss Jade. Mungkin dia tahu apa yang ada dalam kepala Momoy kot. Tapi.. feel tu tak lama pun.. bila dia sambung ayat dia.. yang Momoy kena datang semula untuk touch up selepas dua bulan. Touch up tu ulang semula proses tu untuk maintain kening tu cantik dan tahan lama sehingga dua tahun. 


Itulah pengalaman Momoy nak cerita. Lama dah pun kisah nih, saja nak tulis semula. Dan selepas dua bulan tiba masa untuk touch up tu kan (Miss Jade tu pun whatsapp juga remind untuk set appointment) tapi Momoy tak pergi pun. Sebab masih jelas terbayang perasaan ditoreh-toreh tapi tak boleh gerak untuk lepaskan rasa sakit itu. Serik. Haha..


Kesimpulan, Momoy memang dapat kening lawa supernatural tu. Result memang gred A+. Servis memang puas hati sangat cuma tak tahan nak hadap rasa sakit tu. Jadi terbanglah RM590 untuk kening lawa selama 4 bulan (sebab tak pergi touch up). Mih mih..


Sekian.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...