Tips cantik dengan menggunakan susu | .::: MOMOY blogirl :::.

29 June 2013

Tips cantik dengan menggunakan susu


Assalamualaikum.

Momoy suka minum susu sebab tak minum minumam berkafein.
Wajib ada dalam bilik Momoy =)




Wah. Nikmatnya ber'blogging' sambil minum susu dutch lady. Sebelum susu lazat itu menjadi sisa-sisa kumbahan, marilah kita asingkan sedikit. Untuk apa? Nanti Momoy bagitahu. Tips cantik ni sangat sesuai untuk orang yang malas dan kedekut tapi nak cantik (Momoy le tu). 
Boleh juga gunakan susu en tucen jika berani dicakar oleh beliau.


Jom kita mulakan...



  • Yang ini sesuai bagi sesiapa yang mengalami kulit berjerawat dan sensitif. Caranya dengan mencampurkan 1 sudu mustard dan 1 sudu susu. Sapu pada kulit muka yang bermasalah itu. Selepas 30 minit boleh lah dibilas.

  • Lagi, 1 sudu susu, 1 sudu lobak (diparut), perahan limau dan madu yang telah dipanaskan. Kacau hingga sebati dan pakai seperti masker. Relax selama 15 minit. Cuba untuk berangan kekonon berada di spa gayanya. Lepas tu jangan lupa bilas kalau tak nak cik-cik semut tu panjat-panjat pipi hokay.

  • Highlight highlight. Ini favourite Momoy. 2 sudu susu dan 1 sudu kecil garam. Sebatikan dan sapu pada wajah sebelum masuk tidur. Pastikan muka dicuci bersih terlebih dahulu. Keesokan hari, cuci dan nikmatilah kulit yang lembut lagi enak berkrim. 

  • Segenggam kacang almond ditumbuk sehingga halus. Kemudian campurkan bersama susu secukupnya. Sapu pada muka sebelum masuk tidur. Esoknya, gosok-gosok lembut semasa cuci. Menjadikan muka lebih bersih dan menghilangkan bintik-bintik hitam di wajah.

  • ATAU Kalau rasa yang resipi di atas tu susah, cuba buat yang ini pula. 


Sediakan semangkuk kecil susu (Momoy guna 2-3 sudu je).

Rendam kapas dan lap-lapkan di seluruh muka. Tunggu 1 jam. Kemudian bilas. Momoy paling suka buat yang ini. Simple dan halus je kulit muka. Whoot whoot.



Sebenarnya penggunaan susu dalam kecantikan ni ratu Mesir, Cleopatra yang terkenal tu yang guna. Momoy terjumpa di blog Mashitah Rosli. Terima kasih dear. Lepas baca entri awak terus Momoy cuba. Hik hik. 



Selamat mencuba !






P/s: Ramai yang suka lulur kopi + mandian santan dan lulur rempah + mandian zaitun eyh =)


63 comments

July 1, 2013 at 11:54 AM Reply to comment

good sharing momoy..:)

July 1, 2013 at 12:14 PM Reply to comment

wah boleh cuba ni,thanks momoy :)

July 1, 2013 at 12:22 PM Reply to comment

tips yang menarik.. nak try..^_^

July 1, 2013 at 12:34 PM Reply to comment

tak suka minum susu. tapi untuk masker tu boleh cuba kot nanti. thanks momoy !

July 1, 2013 at 12:46 PM Reply to comment

nice tips dear <3

July 1, 2013 at 1:08 PM Reply to comment

wah..bgus petua ni...slalu teguk susu je...pnah skali je lumur muka ngn susu...tp serius xselesa sbb bau lembu...hahaha

July 1, 2013 at 2:27 PM Reply to comment

rajinnya cik momoy ni kan? ape2pun comel suka cara momoy ok..sgt jimat n segalanya DIY sgt independence

@Normi Niezathx dear. jgn lupa cuba tau =)

July 1, 2013 at 2:55 PM Reply to comment

Eiqa bab susu2x niee kurang sikit. Tapi ingat momoy nak cerita psal minum susu td, rupanya tipss :)

wlcome dear ! wah2..da practic ke..makin cantik la lpas nie! anwy..sharing is caring..tq

July 1, 2013 at 9:48 PM Reply to comment

tq for sharing..yg last tu mmg simple, snang nk wt

@dilaella Ellajom jom cuba sesama =)
sama2 dear

@cahaya ilahitry la dear. simple =)

@zarifahmryes. cuba lah best tau. sama2

@Kuroda Arisathx dear ariisa ^^

@Mira Adzliahehe...lumur terus . hais. banyaknyer. cuba yang last. rendam pastu lap2 kat muka. bau x kuat sgt kot =)

@ComelComotakhirnya puan comel komen di sini selepas pantang =)
diy je kalau ada bahan kat sekeliling kita kan dear comel. nnt dear cubalah =)

@Eiqa Almondhihi...lawak plak baca komen dear

@mashitah binti roslithx dear share info nih =)
jom cantik sama2

@Mysara Ab Rahmansama2 dear. yg last tu slalu momoy buat . simple

July 2, 2013 at 12:59 PM Reply to comment

belikan utk anak yg suka sangat susu dutch.lady..dan haha tambh qty lg utk isteri..kalau dia mahu cuba nt.. tak salah cuba..kan.

@PakcikLie PCLye. x salah pun. print bagi ur wife tips ni . mesti dia suka =)

July 2, 2013 at 8:22 PM Reply to comment

momoy...i try nanti....gud2

July 2, 2013 at 11:31 PM Reply to comment

suka entri ni,susu ni banyak kelebihannya :D

July 3, 2013 at 5:52 PM Reply to comment

wah.. terbaiklah momoy..hehehe

July 3, 2013 at 8:55 PM Reply to comment

nak cuba la moy....mcm bagus je....

July 3, 2013 at 11:23 PM Reply to comment

Menarik tips ni..boleh cuba ni murah and senang..thanks momoy..

July 4, 2013 at 6:51 AM Reply to comment

Yeahh Momoy Ifa pun rajin pakai masker susu . Selang-2 dengan masker rumpai laut .Tapi Ifa x campur ape2 dalam susu tu . Result dia setiap pagi kulit lembut & cerah sikit . Tapi cerah tak permanent lahh

July 4, 2013 at 7:13 AM Reply to comment

wah! tips yg bagus ni...tapi nak kene rajin lah kan kalu nak cantik..

July 4, 2013 at 9:53 AM Reply to comment

bolehlah cuba..sbb akak ni jenis tak minum susu..so, akak beli susu hy utk kecantikan...hehehe

July 4, 2013 at 11:37 AM Reply to comment

mcm tau2 je tengok blogwalking sambil minum susu dutch lady. hehe.. mcm tu pun boleh ye? baru tau.. thanks for the info! =)

@aisyasama-sama dear. dah ada susu tu boleh la terus buat =)

@Ema Johariboleh boleh saja sis =)

@BUNDA a.k.a KNbetul tu bunda. setuju !

@flower fafayeah. betul momoy pun suka pakai masker rumpai laut sebab kesan memnag nampak. kolagen asli kan. yang susu ni kulit lembut jer =)

@flower fafayeah. betul momoy pun suka pakai masker rumpai laut sebab kesan memnag nampak. kolagen asli kan. yang susu ni kulit lembut jer =)

@nadzim bakribagus2 . nnt cuba ye

@ilajercuba lah. best jer

@fadh leyaniebetul tu dear. momoy sokong

July 6, 2013 at 1:04 AM Reply to comment

klau guna susu coklat lagi berkesan kn, hukk...

July 8, 2013 at 2:38 AM Reply to comment

ouhh baru tau. tapi jarang beli susu sebab tak minum susu sangat. muak :)

July 8, 2013 at 1:21 PM Reply to comment

wahhh.. macam menarik.

July 14, 2013 at 9:23 AM Reply to comment

okayh,dari mula sampai habis bca entry ni,hanya terbayang kesedapan susu saja..hahaha,baru 9.30pagi..sabor jelah..posa2 !!

July 14, 2013 at 10:16 AM Reply to comment

warh... info yg bagus. Boleh cuba lepas nie :)

@Mawar Putihboleh boleh je. selamat mencuba dear =)

@Cik Eyrahaha...jangan buka peti sejuk pula ye. hehe. sabarr

@Mieya Atieraboleh try dear . simple je bahannya

@sherotpetothihi...ni mesti sbb x tahan bau lembu kan ^^

@caliph shurikenerkk... susu putih le. uwaaa

July 23, 2013 at 10:39 AM Reply to comment

good info momoy ..mlm ni nak try la =)

July 23, 2013 at 12:58 PM Reply to comment

nice..

August 5, 2013 at 6:35 PM Reply to comment

wah.. boleh mama cuba ni

October 11, 2013 at 10:56 PM Reply to comment

terima kasih kak :D

October 21, 2013 at 10:47 PM Reply to comment

terbaeklah MOMOY...selalu beli susu coklat & strawberry jek...kalau guna susu strawberry takut muka jadi pink panther pulak kan...hoho...anyway gud tips mmg simple

November 22, 2013 at 2:16 PM Reply to comment

satu lg tips..amalkan susu dan badam,baek utk sapa yg ada gastrik..hihi,sedap pon sedap..badam tu basuh,kmudian goreng dan blend,masukan dalam susu..sedapp maa

January 8, 2014 at 12:20 PM Reply to comment

salam sis momoy,apa khabar?sihat tak?

kak lea baru nak aktif blogging huwaaaa.kak lea dah terima tau hadiah tu best giler!!!nanti kak lea dah buat entry kak lea beritahu ye :)

nice sharing...

tapi kalau bab nak minum susu nih.. urm susu putih tak leh nak telan :D

ahaha

@Junkyo No Hikariwahh..ramai betul yg x boleh telan susu. ramai kata bau loya dan mcm2
tapi momoy paling suka. sbb momoy tak minum teh milo bagai

July 17, 2014 at 11:35 AM Reply to comment

lama2 jadi putih ke ya?
Kena try nih

Artikel terkini...Harga Set Bersalin Shaklee

@Farha IbuCergasye sis, InsyaALLAH boleh. momoy pernah tengok show 'guess guess guess " kat 8tv lama sangat dah dulu


dalam show tu dia ada jemput guess dari org biasa , org taiwan tapi kulit diaorng giler putih dari org taiwan tu sendiri.


4 orang kalau tak silap. salah seorang guess tu cakap mulanya dia gelap tapi setiap hari balik dari sekolah dia singgat dekat mart untu beli susu kotak. susu tu dia buat mandi susu. kawan dia fikir cara dia membazir.


tapi hasilnya kulit dia putih dan lembut. tak tahu la dia buat tu berapa lama, berapa tahun kan. tapi mmg berkesan la. kalau tak takkan la spa-spa pun ada pakej mandi susu ye tak ?

April 27, 2015 at 11:06 AM Reply to comment

Salam moy,,,
lawatan di kala rindu pada teman teman blogger...
lama menyepi moy...agaknya apa khabarnya sekarang

June 7, 2016 at 9:02 PM Reply to comment

Salam kak Momoy,

Salam Ramadhan, rindu gila tak blogwalking. hehehe... Apa-apa thanks for sharing this tips, Sekarang tengah cuti bolehlah cuba buat dekat rumah.. ;)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...