Pembersihan usus selepas raya ~ | .::: MOMOY blogirl :::.

08 August 2014

Pembersihan usus selepas raya ~


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua ( ≧◡≦)



Hai semua. Salam Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Ewah ewah... masih mood raya lagi ke tu. Banyak dapat duit raya ?



Gambar raya atau kuih raya Momoy tak upload. Malas. Lagi pun semua orang mesti cerita benda yang sama. Update status pasal baju raya, kuih raya, berat badan naik dan bla bla bla... Masa mengkedarah tak hingat dunia, bila sehari raya perut mula terasa maju ke depan. Itu belum masuk open house yang confirm ADA sampai ke penghujung Syawal. Tu dia. Bayangkan.



Bila dah macam-macam tu terfikir nak buat pembersihan usus secara total. Amboi amboi ayat. Ayat pendek -detox. Sebenarnya ada banyak sebab la juga kenapa Momoy rasa macam nak detox kan diri kan. Antara sebab tu :


  • Momoy nak mula program detox untuk bersihkan pula kolon dan usus yang dah di servis semasa Ramadhan hari tu.

  • Lagipun, badan ni nak guna lama lagi ni. So, tak nak lah penuh toksik-toksik dalam badan. Tempat kerja Momoy pun bahaya toksik kan. Ngeri pula bila fikir. Lagipun, kalau banyak toksik dalam badan (lagi-lagi dalam darah) boleh mengundang banyak penyakit.

  • Ramadhan hari tu, Momoy stop dari ambil apa-apa supplement atau suntikan sebab tak confident minum 3L air. Takut tak pasal-pasal raya dengan kulit break-out (jerawat) pula. Consume supplement lepas detox ni kesannya lebih cepat dan berkesan. Haa...

  • Sistem penghadaman dan lawas pun lebih baik. Tau-tau aje lah ye,  food lover kan pantang jumpa lontong (nasib baik Terengganu ni tak ada lontong).




Eh eh. Okay tak alasan tu. Pasal detox ni kan, tak perlu nak membazir nak beli produk ntah hapa-hapa yang berlambak jual kat Facebook tu (macam marah pula. Hihi) Lagi pun, kalau nak bersihkan usus better beli kat drugstore jer. Lagi murah dan berkesan. Yang jual kat Facebook tu bukan kata tak berkesan, berkesan juga tapi mahal beb. Habis la kena marah dengan seller seller online ni kejap lagi. 



Ini saja cerita pengalaman Momoy yang berhabis sampai dua ratus untuk sekotak detox, yang padahal kat Watson ada produk semurah RM 20 ++ jer. Erk.



Jadi laju-laju pergi Watson usha-usha produk untuk detox. Susah juga nak cari sebab kebanyakan produk detox yang jual plus sekali dengan sliming. Huhu. Momoy tak perlu reduce weight sebab berat badan sekarang dah ideal dah *libas rambut ke belakang*. Jadi, cari punya cari Momoy decide nak cuba Kinohimitsu. Katanya tak akan turunkan berat badan. So tak perlu risau *senyum*






Kinohimitsu J’pan D’Tox Tea yang sangat-sangat bagus untuk bersihkan perut kita. 


Ehwah. Ada dua favour, ginger dan peppermint. Momoy pilih ginger (halia).





Cara nak sediakan detox tea Kinohimitsu ni mudah jer. Tuang je air panas dan masukkan satu sachet tea tu dalam cawan. Tunggu 3-5 minit dan nikmati ler teh tawar tu. Mihmih.


Rasanya ? Urm... tak pahit, tak pedas dan tawar. Nak sedap, boleh tambah satu sudu madu asli. Lagi pun kan Momoy ternak madu lebah sendiri jer kat rumah kan. Ngeh ngeh. Masa yang yang bagus untuk gunakan ia. Madu pun salah satu bahan detox yang baik juga tau. 



Teh ni Momoy prefer minum masa teh panas-panas sebab kalau sejuk, tekak Momoy macam geli-geli la pula. Hihi. Dan jangan lupa, minum air masak banyak-banyak tau untuk memudahkan proses detox ni.







Front packaging


Back packaging





Lepas minum teh ni, ada juga feeling macam eyh nanti kalau sakit perut macam mana. Nak kena ulang masuk keluar toilet ke. Tapi percayalah. Momoy minum lepas breakfast tapi sikit pun Momoy tak rasa perut Momoy sakit memulas ke apa. Petang dalam pukul 6 macam tu la Momoy membuang. Tapi perut tak sakit. Poo poo smooth je keluar. Bentuk poo poo pun sihat jer. Eh. Terdetails pula. Haha.



Tapi uncang yang ke-tiga Kinohimitsu ni Momoy ada sikit la rasa sakit perut tapi yang minor. Sakit macam main-main cucuk-cucuk manja gittew. Bukan sakit yang teruk memulas sampai berpeluh-peluh. Momoy pernah ada pengalaman ngeri detox brand lain (tak ingat tapi local brand) tapi dia rasa jenis macam coklat drink. Sangat menderita okay yang ni, cuma mampu habiskan 2 cawan jer lepas tu sumpah tak sanggup dah.






RM 24+ untuk 14 sachet. Produk ni halal. 1 uncang teh bag tu Momoy ulang minum 3-4 kali sampai teh dia dah tak boleh larut. Kedekut jimat betul.





Jadi, pengalaman consume teh detox Kinohimitsu ni Momoy rasa badan macam ringan dan terasa sihat. Paling penting Momoy boleh budget bila time nak membuang tu TANPA rasa sakit perut. Selalunya 6 hingga 8 jam baru nak pergi toilet. Kalau minum sebelum tidur lagi bagus lah, bangun pagi esok terus buat appoinment dengan encik J kan. Perut pun sihat gittew.



Dah tunggu apa lagi nih. Jom ramai-ramai pergi serbu Guardian ke Watson ke sekarang. JOM DETOX !!



UPDATE :
Yang ni pula review untuk Kinohimitsu Detox Tea untuk peppermint flavour KLIK SINI




6 comments

August 8, 2014 at 11:23 AM Reply to comment

betol sangat momoy. lepas raya memang perut bloated bagai di pam pam.. huhu gigih berpuasa bulan ramadhan, skali baru seminggu raya badan lemak yg diternak berleluasa. stress.. aritu baru je gigih muat seluar saiz 26 siap loggar, arini dah pkai 27 tupun sendat..
mmg kena detox ni. stakat ni cml mkn lecithin n green tea je. nak try beli detox tea dr kinohitmitsu la plak.
thanks momoy for the info

August 11, 2014 at 10:05 PM Reply to comment

patut beli ni..
time raye mmg da mcm2 msuk n ade lam bdn ni..berat pon semakin naik..huuuu

@ComelComotJOM JOM COMEL. momoy ni part perut paling susah nak control. hais

@Cik Yayatu belum masuk open house lagi kan kan kan

August 14, 2014 at 10:33 PM Reply to comment

tula..lps sminggu raya ritu trus fokus nk diet exercise balik.haha..risau pipi dh mcm kena pam..

August 15, 2014 at 12:22 AM Reply to comment

sy lebih fokus minum mXt ^^

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...